Monday, March 5, 2012

Siapa Yang Cipta & Bagi Nama Malaysia???

Siapa Yang Cipta & Bagi Nama Malaysia???
Matapelajaran sejarah yang diajar di sekolah-sekolah negara kita tidak pernah menyatakan asal usul nama negara kita iaitu Malaysia, menyebabkan kebanyakan daripada kita pada hari ini menjadi kabur mengenai siapakah sebenarnya yang mencipta nama Malaysia ini. Jika dibandingkan dengan asal usul nama negara-negara jiran kita, agak jelas bahawa ‘Singapura’ diberi nama oleh Sang Nila Utama yang bermaksud Kota Singa (Pura = Kota), ‘Indonesia’ oleh James Richardson Logan yang bermaksud Kepulauan India (Indo=India, Nesos=pulau), dan ‘Brunei’ sempena nama Sang Aji Berunei, Raja Brunei yang pertama.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYK8kvpfZT6W0fs1rqoLLj1-bgrnkQ3VEPwCBr9PdFf8xHfAYlgmMFY68t1tZ_52R8ZIPSqE2tQ4RnY_U0PB88oTtw-3NUDFXjqO2ZytUlU1qn6d7Wnko8hxxp-i5gR_x2K8vWbGtuj1c/s320/469px-Dumont_d%2527Urville00%5B1%5D.jpg
Jules Sébastien César Dumont d'Urville (23 Mei 1790 – 8 Mei 1842)


Maklumat terkini yang diperolehi menyatakan bahawa nama Malaysia sebenarnya telah mula-mula diperkenalkan oleh seorang pelayar berbangsa Perancis iaitu Jules Dumont d'Urville. Susulan daripada penjelajahan beliau ke kepulauan pasifik pada tahun 1826, beliau telah memperkenalkan tiga istilah iaitu ‘Malaisia’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’ yang membezakannya dengan budaya pulau-pulau di Polynesia. Pada tahun 1831, beliau telah mengemukakan ketiga-tiga istilah tersebut kepada Société de Géographie. Nama ‘Malaisia’ pada pandangan beliau merangkumi keseluruhan kawasan Kepulauan Melayu (Nusantara) yang pada hari ini meliputi kawasan selatan Thailand, Malaysia, Republik Singapura, Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Republik Filipina.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjUzjsDrXrAMxK8yhwVZ2CLSbYAxMnLpOLDMJpYN86uTsOoEKg_iKOFS5G-7CxZ6GZ4ZwjhNSzCr5Hi0ng9Hp81_Ma39pGrmKVwlIVai9IHwnB0v_Vc7UKylIPvIzuVBmpn6rCnpAZcLg/s320/ind_map%5B1%5D.jpg


Seperkara lagi yang menarik, George Earl, seorang ahli etnologis berbangsa Inggeris telah memperkenalkan istilah Malayunesia pada tahun 1850 yang merujuk kepada kepulauan Indonesia pada hari ini. Bayangkanlah jika istilah tersebut masih digunakan pada hari ini, sudah tentu Indonesia pada hari ini bernama Republik Malayunesia. Secara psikologinya, nama yang hampir sama bagi kedua-dua buah negara ini sudah tentu mempengaruhi dan meyakinkan penduduknya bahawa mereka adalah dari satu rumpun dan budaya yang sama.

Penggunaan nama Malaysia juga telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk lampiran). Di Chicago, Amerika Syarikat, peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai “Malaysia”.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9DykaLwXBo6Xh4ftWOTD1ecDFSg7ou8p6U_GHc2jfMY2PvbWfXVW0gD-yM89ni2UrIfESAtbneQxSXZIO37A3ISpQXAkdh6LjrOZQ4aL-iXkIVcOanfCim2s2fm5LGHi8ScGaEMOIH6c/s320/Utusan_Malaysia_29_Julai_2009%5B1%5D.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyGJUPKXwzIsRlz_1c9Oud9gyXraQSMwMFhF0yn9voFFmBpFLLxFzTNQ5ZSMqLqA0b9t3SUCcUdnI2f9AWEJCxEOyif_V46r-tWuKdJ8MbpTpH3AwQCChM2q9uF1cNNiTAqYLpBCMGRbQ/s320/Chicago_Map_1914%5B1%5D.jpg


Sebuah buku berbahasa Itali pula telah ditulis oleh Emilio Salgari berjudul I Pirati Della Malesia dan telah diterbitkan di Itali pada tahun 1896 . Nico Lorenzutti telah menterjemah buku tersebut ke dalam Bahasa Inggeris dengan judul 'The Pirates of Malaysia'.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiChmUbVuS63VqreJ57dnxw6pEA0S4x1BDcogWJIzcIG5RE40dK-8NV00qvt8c_B5hyeHeZ5HjJVPJeg8I0X0yLXw30Bmvc984SOXIVsJZhWtn509QrY3121lZ_uMiUjll8Dy4DrzErMxs/s320/Sandokan_Pirates_cover%5B1%5D.gif


TV3 pula pernah menyiarkan satu artikel daripada akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) tetapi bertarikh 1 Julai 1929 mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai “Malaysia”. Sementara sebuah buku keluaran Mc Millan, New York, yang dikarang oleh Rupert Emerson, dan diterbitkan pada tahun 1937 berkenaan dengan semenanjung Tanah Melayu diberi judul "Malaysia : Direct and Indirect Rule".

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgORzz8947xexl4HWUDLuIiTgTkUHDVP0nsP_EDIw5SpBPmItmGWGd2233stBdOAIg64iDhi1uO-GvGftut-UBPImKTlpb_c0v-SpkcysGmpqWufD6KWfoEkQUMTK_b5MOYNVKm8t5Zn44/s320/Buku_Malaysia%5B2%5D.jpg


Lain-lain fakta menarik :

1) Malaysia sepatutnya diisytiharkan pada 31 Ogos 1963. Tetapi disebabkan bantahan daripada negara jiran (Indonesia dan Filipina), ia terpaksa ditunda kepada 16 September 1963. Atas pertimbangan bahawa tarikh 31 Ogos 1957 merupakan tarikh asas kepada penubuhan sebuah negara persekutuan dan tarikh 16 September merupakan tarikh tundaan yang ditetapkan disebabkan tekanan yang timbul daripada negara luar, jadi Hari Kebangsaan masih lagi ditetapkan & disambut pada 31 Ogos setiap tahun, iaitu sebagaimana Amerika Syarikat menyambut hari kebangsaan mereka pada 4 Julai setiap tahun, walaupun tarikh kemerdekaan adalah berbeza-beza bagi negeri-negeri dalam Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, tarikh 16 September pada hari ini telah diisytiharkan sebagai Hari Malaysia dan dijadikan cuti umum.

2) Filipina pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi hasrat tersebut terpaksa dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963.

3) Menurut maklumat tidak rasmi, antara nama-nama alternatif yang turut dipertimbangkan untuk digunakan sebagai nama negara Persekutuan yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak ialah ‘Langkasuka’, iaitu bersempena sebuah nama Kerajaan Melayu purba yang pernah menguasai kawasan utara tanah air kita.

4) Menurut maklumat tidak rasmi, selain Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak, pihak British juga menawarkan kawasan selatan Siam iaitu Patani, Jala (Yala), Menara (Narathiwat), Singgora (Songkhla) dan Setul (Satun) untuk sama-sama bergabung dan merdeka dalam Malaysia sebagaimana permintaan pemimpin dan pejuang Melayu di kawasan tersebut, memandangkan kawasan tersebut juga masih dihuni oleh majoriti penduduknya dari Bangsa Melayu. Tetapi telah ditolak oleh Tunku Abdul Rahman ketika itu untuk tidak menambah bantahan sebuah lagi negara jiran terhadap cadangan penubuhan Malaysia iaitu Thailand.

5) Di bawah ini pula merupakan antara cadangan rekabentuk bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 dahulu, sebelum dibuat sedikit pengubahsuaian dan seterusnya digunakan sehingga kini apabila Negara Persekutuan Malaysia diisytiharkan :

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8wB2nDtZBCeTuGUt69aRyQIzYUUM9Vbz5LLdqPG72NlYBOW4sN2YD5hrOicyWnJQd79xWYEiBalHBWt9SFdeyuy06FUXFSGN-KVkbbbsirdAJMYFnMRhbjzqG3gjn3mDm-EZk8me7bfg/s320/my!1949a%5B1%5D.gif

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnHKKz24SOdUaF7MJsKIM6PLloPsYHes0IzqNKvtLoLxbIzOQhvAxkED3wPhl-C6l0gtUaS8JHeg2q2cYoj13208xwzEcBhSPybQssBBmWmaRFir6Nlj1yDP3lZTtHmuInfWNK4wcoPfc/s320/my!1949b%5B1%5D.gif

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgscd4xZ9lDpCbn9G_eYHWhnQrV9VQe3Ihp9DI1WZ2_OKV4JgnRg4najFiy6QKckKPePqylayY8j40IAkrXal5VzspjZgofHzRUuX3bShNNiECh6RU7hU2jrfFbDtQRMXJksSlbSYAIYWs/s320/my!1949d%5B1%5D.gif

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhh1CikCctt1fK0t4ydE061GOMXbPnb_D0ZSLIM_SbEXrCyE2WTpiilnzPZ9Z-zwOUjpMWJu9E7um9dQz0Bc0qKA-Dnfo8TqBRZkO_eKZ5SAMIaDKTnjgP8g62LtTKlP34APheFaQrvtb0/s320/my!1949c%5B1%5D.gif

Tuesday, February 28, 2012

KHASIAT SENDUDUK





* Senduduk adalah antara rahsia alam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan anatranya adalah :- 


1. Apabila anda mengalami cirit birit - Ambilkan pucuk senduduk yang masih muda, makanlah sebagai ulam InsyaAllah Cirit Birit akan segera hilang.

2. Masalah keputihan bagi kaum wanita - Keringkan daun senduduk dan direbus bersama dengan halia, sedikit gula dan bonglai, biarkan suam dan minumlah airnya 

3. Menghilangkan bintik-bintik cacar - Ambilkan akar senduduk giling bersama daunnya, kemudian tampalkan pada cacar atau parut cacar ianya akan beransur-ansur hilang 

4. Melegakan luka - Ambilkan buah senduduk yang masak picit atau perah airnya sapukan pada bahagian luka, darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih.

5. Bagi wanita yang baru lepas bersalin - Keringkan akar senduduk kemudian rebus dan diminum sepanjang dalam pantang, hasilnya luka lepas bersalin akan segera sembuh dan mengecut sekaligus mengetatkan semula rahim

6. Mengatasi Buasir - Rebuskan akar, daun dan batang senduduk dan minum airnya. Ia menjadi penawar kepada buasir.

7. Melegakan Sakit Gigi - Rebus daun batang dan akar senduduk biarkan suam . Gunakan untuk berkumur, insyaAllah sakit gigi akan mereda.

8. Membuang angin, lenguh sendi urat dan tulang - Air rebusan dari akar, batang dan daun dibuat mandian . Badan akan terasa lebih segar lenguh sendi tulang dan angin akan segera menghindar.

* Buah senduduk boleh dimakan, ianya manis seperti buah cery. Biasanya ia menjadi kegemaran burung yang menumpu dimana kawasan yang dipenuhi pokok senduduk.
* Jika anda ingin merebus pucuk betik untuk dibuat ulam atau kerabu, campurkannya dengan sedikit daun senduduk. Rasa pahit pucuk betik akan berkurangan.

* Daun senduduk yang tua dimana bahagian bawahnya yang kasar boleh digunakan untuk mengilatkan kuku dengan menggosokkannya pada kuku.

* Bunga senduduk yang sedang mekar boleh melembutkan kulit muka. Rendamkan bunga senduduk pada air dan jadikan air basuh muka, biarkan 10 minit kemudian bilas dengan air suam. Kulit muka akan berseri dan kelihatan segar 

* Jika anda ditumbuhi bisul, biarkan ianya matang , apabila kelihatan mata bisul mulai menjojol, tumbukkan daun senduduk tampalkan pada bisul, ianya segera memecahkan bisul dan kemudian mengecutkan bisul tersebut.

- Begitulah antara kehebatan senduduk yang tumbuhnya kelihatan terbiar dimerata tempat.Sebaiknya anda menanamnya sepasu pokok senduduk dirumah untuk pelbagai kegunaan dikala kecemasan.

- Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik , segala teknik herba hendaklah dijadikan amalan serta memohon keizinan dari Allah S.W.T dikala mengambil tumbuhan ini untuk dijadikan ubat dan penawar . Jangan lupa Membaca surat Fatihah dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebelum menggunakannya. Segala-galanya adalah dengan izin Allah S.W.T. Jika diizinkan olehnya maka kita sebagai manusia hambanya ini akan mendapat kesembuhan darinya.

Thursday, February 23, 2012

Wednesday, February 22, 2012

PENYAMUN TARBUS


KUALA LUMPUR 22 Feb: PKR mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan isu pemberian konsesi Lebuh raya Kinrara-Damansara (KIDEX) berharga RM2.2 bilion yang didakwa melibatkan keluarga bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan penasihat undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membuat gesaan itu ekoran dakwaan mengaitkan mereka dengan tragedi rampasan kuasa BN di Perak pada Februari 2009.

Justeru, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menuntut Ketua Hakim Negara, Tan Sri Ariffin Zakaria meminta Zaki mengisytiharkan asetnya dan keluarga secara bertulis berdasarkan peruntukan Seksyen 9 Kod Etika Hakim 2009.

Menurutnya, Hafarizam merupakan pengarah untuk kedua-dua belah syarikat yang menerima konsesi tersebut, Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd sementara isteri Zaki merupakan pengarah di dalam Emrail, sebuah syarikat yang tidak mempunyai rekod di dalam pembinaan lebuh raya.

Katanya, mengambil kira kontroversi penganugerahan konsesi itu, Perdana Menteri mestilah respons segera berkenaan isu-isu berkaitan, antaranya pendirian berkenaan Seksyen 9 Kod Etika Hakim 2009: “Seorang hakim akan, pada masa perlantikan atau mana-mana masa kemudiannya sekiranya diminta oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan membuat perisytiharan bertulis semua asetnya kepada Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan”.

“Merujuk kepada peruntukan ini, Ketua Hakim Negara pada masa ini, Tan Sri Ariffin Zakaria mestilah meminta Tun Zaki Azmi membuat perisytiharan aset beliau dan keluarganya secara bertulis berikutan tuduhan-tuduhan ini,” katanya lagi.

Selain itu, ujarnya PM perlu mendedahkan sebab dan kriteria pemberian tender kepada Zabima Engineering dan Emrail.

“Apakah syarikat-syarikat lain yang dipertimbangkan, dan adakah tender terbuka dibuat demi memastikan kepentingan orang ramai terpelihara?” soalnya

Beliau turut mempersoalkan bagaimana pemberian konsesi dan pakej kontrak itu selari dengan dasar pentadbiran, khususnya Model Ekonomi Baru, Inisiatif Pembaharuan Strategik dan lain-lain lagi.

“Apakah terma lengkap konsesi, kadar tol dan perkongsian keuntungan?” tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Menurutnya, di dalam sms kepada Malaysian Insider, Hafarizam mendakwa bahawa syarikat-syarikatnya diserang memandangkan mereka merupakan antara bilangan kecil syarikat Bumiputera yang dianugerahkan projek itu.

Menurutnya, malang sekali apabila sebuah isu tentang ketelusan dan kebertanggungjawaban yang akan memberi impak kepada semua rakyat sekali lagi dilihat dari perspektif kaum.

Hakikatnya, ujar beliau sekiranya tuduhan itu terbukti benar, sekelompok kecil kroni akan sekali lagi mendapat durian runtuh sedangkan ramai rakyat Malaysia, termasuk majoriti masyarakat Bumiputera terpaksa menjadi mangsa projek itu.

Justeru, katanya terma perjanjian antara kerajaan dan syarikat-syarikat yang dipilih mesti didedahkan agar projek itu tidak menjadi satu lagi konsesi yang membebankan rakyat Malaysia.

“Rakyat Malaysia mempunyai harapan besar terhadap konsesi generasi kedua dan ketiga memandangkan piawai-piawai baru yang dijanjikan kerajaan. Usah kita lupa rekod buruk Kerajaan BN di dalam pemberian konsesi sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata, jawapan telus daripada Perdana Menteri mampu meyakinkan rakyat bahawa mereka tidak akan dibebani dengan lebih banyak ‘bail-out’ dan penswastaan semula.

Sunday, February 19, 2012

FADHILAT AYAT KURSI



http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/381718_269883119716313_100000838800634_660777_1368758538_n.jpg
 
Ayat Kursi:
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah.
 Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat....

Thursday, February 16, 2012

ULANGTAHUN KE -66 API.

SEMARAKKAN JIWA RAKYAT!!

ANGKATAN PEMUDA INSAF

Angkatan Pemuda Insaf (API) merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak, oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek.

API adalah sebuah badan politik kiri dan sosialis Melayu yang pada asalnya merupakan sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Gabungan Pemuda Demokratik Sedunia dan Pertubuhan Lembaga Pemuda Bangsa Asia di Indonesia yang banyak mempengaruhi API dalam setiap sudut perjuangannya.

Parti ini diharamkan oleh kerajaan British pada 17 Julai 1947 dalam Warta Kerajaan Malaya Union. Tindakan mengharamkan pertubuhan yang berhaluan kiri itu adalah mengikut Ordinan Persatuan, 1947 (Societies Ordinance, 1947).

Tindakan mengharamkan API didakwa disebabkan kekacauan yang dilancarkan oleh AMCJA-PUTERA serta kegiatan-kegiatan golongan kiri yang dipelopori oleh API. Kerajaan British juga mendakwa asas-asas perjuangan API yang membahayakan melalui buku Testament Politik API yang ditulis oleh Ahmad Boestamam. API merupakan pertubuhan politik yang pertama diharamkan oleh British.