Sunday, May 20, 2012

Tahu jenis potongan daging kambing? Sedarkah kopi dan daging kambing adalah makanan sunnah nabi?


1. Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

2. Teruskan membongkar kebijaksanaan Zionis menipu umat Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah: “Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil”.

3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para Zionis ini) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut Zionis ke nak ikut nabi kita?

4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran Zionis ini.

5. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang Zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

6. Para Zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya Coke dan Maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Orang Melayu kita juga yang ketagih minum Coca-Cola dan Pepsi-Cola.

7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. Untuk pengetahuan, para Zionis agen Dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Wednesday, May 16, 2012

SUATU ALUR DI ALOR STAR

Tahun 80an muslimat yang bertudung rata rata mengenakan jubah sebagai pakaian mereka. Aku sangat senang dengan beberapa pelajar aku yang sentiasa mengenakan jubah yang tidak banyak warna. Pernah aku baca hadis kitab Tarmizi dalam Bahrul Mazi oleh Syeikh Al Marbawi mengatakan ramai perempuan yang di neraka itu mengenakan pakaian banyak warna di dunia.

Pertengahan 90an trend ini mula berubah, generasi yang mempelopori pakaian berhijab sudah mula menua, dan secara beransur diganti oleh generasi anak mereka. Generasi baru ini mau berfesyen, maka tudung dipakai, tetapi pakaian mula dioleh supaya sesuai dengan citarasa mereka. 

Jubah diganti dengan seluar, dan t-shirt. Tudung ada juga. Yang jenis ikut ikutan, pakai tudung, tetapi t-shirt lengan pendek dan seluar yang ketat.

Semasa aku ke Universiti Gajah Mada, Jogjakarta baru baru ini, aku perhatikan 95% pelajar perempuannya bertudung. Cuma hampir semua mereka mengenakan seluar sangat ketat. Fesyen hari ini.

Sabtu lepas, aku ke Alor Star, dan singgah makan di KFC berhampiran dengan stadium. Depan meja kami masuk sepasang parents muda dengan seorang anak yang baru boleh berjalan . Si ibu duduk di hadapan pandangan aku. Bertudung. Ber t-shirt. Juga mengenakan seluar ketat very low cut. Jenis seluar perempuan sekarang yang berada hanya di atas alur kencing di kawasan tiga segi roma.

Bila si ibu duduk di atas kerusi, bajunya tertarik ke atas, seluarnya meluncur ke sangat bawah.

Di kepala bertudung,

di buntutnya terdedah satu alur

diambil dari Ustadz Prof Hamirdin 


Tuesday, May 8, 2012

Dari mana Felda ambil wang bayar durian runtuh?

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan di Felda Jengka 8 seramai 112,635 peneroka Felda akan mendapat durian runtuh RM5,000 setiap orang. Isteri mereka – dibayar kemudian – akan juga mendapat RM5,000 se orang. Kemudian, anak-anak mereka akan mendapat RM5,000. Kalau keluarga peneroka mempunyai 5 orang anak, anak-anak mereka akan mendapat RM1,000 se orang. Jumlah kesemuanya RM15,000 bagi se tiap keluarga peneroka. Kalau setiap keluarga mempunyai ahli seramai 7 orang (ayah, ibu dan lima orang anak), maka secara puratanya, mereka akan mendapat RM2,143 seorang. Satu jumlah yang biasa sahaja, tidak memeranjatkan.

Dengan membayar durian runtuh RM15,000 bagi setiap keluarga, Felda akan membelanjakan RM1.69 bilion. Ini bayaran “one-off” yang boleh meringankan beban kewangan peneroka sekadar sementara. Wang itu bolehlah digunakan untuk menampung belanja kenduri kendara, melupuskan hutang atau belanja pergi umrah untuk dua orang. Bagi peneroka yang cermat, bolehlah meningkatkan tabungan. Namun, majoriti peneroka yang menerima bayaran “one-off” ini akan membelanjakan wang ini untuk penggunaan, bukan pelaburan. Maklumlah, ini “rezeki terpijak.”

Tentu rasa sayang peneroka kepada kerajaan UMNO-BN terus bersemarak, maklumlah ini kali pertama dalam 55 tahun sejarah Felda, peneroka mendapat wang tunai yang begitu besar, walaupun pada hakikatnya, nilai wang ini tidak seberapa dalam ukuran sekarang. Satu ekar tanah di Felda sekarang sudah berpuluh ribu malah dalam ratusan ribu harganya. Undi mereka sudah dibeli dengan harga murah (demolition price) dan Perdana Menteri cukup yakin, majoriti peneroka akan terus mengundi UMNO-BN di dalam PRU13 yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja sekarang, besar kemungkinan dalam bulan Jun ini. Dengan bayaran ini, UMNO-BN mengharapkan 58 kerusi yang menjadi simpanan tetapnya akan terselamat dari disambar Pakatan Rakyat.

Dari manakah datangnya wang sebanyak RM1.69 bilion yang akan ditaburkan kepada peneroka itu?

Felda Global Ventures Holdings Berhad akan mengapungkan 2,188,890,900 unit saham di Bursa Malaysia pada harga Tawaran Awam Awal - TAA (Initial Public Offer – IPO) RM4.65 se saham. Ini bermakana, ia akan menjana RM10.18 bilion. Dari jumlah ini, Felda akan mendapat RM5.62 billion. Ini kerana sebahagian besar, iaitu, 1,208,890,900 unit saham adalah milik Felda. FGVHB akan hanya menjana RM4.56 bilion dari pengapongkan saham ini. Jumlah ini relatif kecil untuk bercatur di dalam perniagaan peringkat global. Lagi pun, sebahagian besarnya akan diguna untuk membayar hutang dan kos penanaman semula.

Dengan melupuskan kesemua kepentingannya kepada FGVHB, Felda Badan Berkanun hanya mendapat RM5.65 bilion. Dari jumlah ini, RM1.69 bilion akan dibelanjakan untuk membayar RM15,000 durian runtuh kepada setiap keluarga peneroka. Baki yang ada pada Felda BB hanyalah RM3.96 bilion. Harus diingat bahawa Felda BB berbelanja kira-kira RM2 bilion setahun. Wang yang baki itu hanya cukup untuk menampong perbelanjaan 2 tahun. Selepas itu, wang pembayar cukai perlu disuntikkan kembali kepada Felda BB.

Harta yang dilupuskan kepada FGVHB adalah harta peneroka. Ia akhirnya akan dipindah milik, melalui jual beli saham di pasaran, kepada pelabur-pelabur bukan peneroka termasuklah taukeh-taukeh besar dan pelabur-pelabur asing yang memang sudah sedia kaya. Maknanya, yang dijual adalah harta peneroka. Oleh itu, wang yang dikatakan durian runtuh itu sebenarnya adalah hak peneroka. Tidak ada durian runtuh sebenarnya. Felda menjual hak peneroka kepada orang lain, dan sebahagian kecil dari wang itu diberikan kepada peneroka. Peneroka menerima wang yang dijana dari titik peluh mereka sendiri.

Siapakah yang sebenarnya mendapat untung besar dari pengapongan saham FGVHB?

Pada awalnya, harga TAA ditetapkan pada RM5.85 se saham. Di dalam prospektus yang dipaparkan dalam sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, harga TAA diturunkan kepada RM4.65 se saham, iaitu, penurunan sebanyak RM1.20 se saham atau diskaun sebanyak 20.5%. Ini bermakna, sebelum diapongkan, Felda BB telah rugi RM1.45 bilion. Penurunan harga ini bakal menguntungkan pelabur-pelabur dalam negera dan asing yang membeli saham FGVHB ini pada harga lebih murah, iaitu, diskaun 20.5%. Bila saham FGVHB mula dijual beli di pasaran nanti, akan ada pelabur-pelabur kaya tunai yang akan mengutip setiap unit saham yang dijual oleh pelabur runcit dan juga pelabur institusi sehingga mereka berjaya menguasai 30% daripada jumlah saham. Ketika itu, mereka akan berkuasa ke atas FGVHB dan kepentingan peneroka akan mengambil tempat duduk belakang.

Pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI, majoritinya kroni pemerintah dan penama UMNO, bakal mengaut untung besar. Golongan pelabur terpilih ini diperuntukkan 419,537,000 unit saham atau 11.5% dari jumlah saham yang diapongkan. Mereka, sebagai satu kumpulan, membeli saham ini pada harga RM1,950,847,050 (pada harga RM4.65 se saham). Jika harga naik ke RM5.85 sesaham (+RM1.20), mereka sudah mendapat untung RM503 juta. Kalau harga naik sebanyak RM2.40 (ke RM7.05 sesaham), golongan pelabur Bumiputera terpilih ini akan untung RM1 bilion. Ini tidak mustahil. Pembiayaan tidak menjadi masalah kepada mereka kerana disediakan oleh bank-bank. Pembeli saham pun tidak menjadi masalah kerana badan kerajaan kaya tunai seperti Tabung Haji, KWSP, PNB dan lain-lain sudah sedia untuk membeli dari mereka. Inilah dana PRU13 untuk UMNO.

Bila saham FGVHB yang aset utamanya tanah diapongkan, harta peneroka – tanah ladang dan kilang-kilang pemprosesan sawit – akan bertukar tangan secepat putaran jual beli saham di pasaran saham. Tiada siapa boleh menjamin harta bernilai peneroka ini tidak akan terlepas kepada pelabur asing yang rakus dan tamak. Peluang untuk memiliki tanah tidak ternilai ini dan menguasai minyak sawit, komoditi makanan yang amat penting di dunia hari ini, yang selama ini mereka intai, sudah sedia untuk digenggam.