Monday, October 24, 2011

Good Bye Big Brother Gadaffi

Dalam surat-surat terakhirnya kepada Commandante Che Guevara, Yang Teramat Mulia Dr. Fidel Castro seringkali memujuk mengajaknya kembali ke Cuba. Ketika menulis surat-surat tersebut, Fidel menyebut tentang kestabilan Cuba yang mereka perolehi sesudah revolusi. Celia Sanchez menyentuh tentang romantisme revolusi itu sendiri, dan bagaimana pendukung revolusi itu perlu meneruskan legasi yang terbentuk bagi menjaminnya terus hidup.

Namun Che Guevara ialah seorang revolusioner, yang tegas bahawa seorang revolusioner perlu berjuang, bukan sekadar mentadbir meneruskan legasi sebuah revolusi yang sudah terbentuk. Itu kerja sebahagian besarnya dimonopoli orang politik.

Pada 19 Januari 2009, ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Benghazi, Libya, imej pegun paling kukuh dalam ingatan gua adalah imej Kolonel Muammar Gaddhafi. Selain itu, lapangan terbang Benghazi, dihiasi dengan bangkai-bangkai kapal terbang, kereta kebal dan kubu-kubu tentera (bunkers) yang menyebabkan bulu roma gua sedikit meremang. Suasana Argentina ketika Ongania dan Chile ketika Pinochet sentiasa bermain dalam kepala hotak gua.

Suasana Libya, yang disurahkan kepada gua sebelum ke sana, adalah mirip Syria ketika Assad (bapa) memerintah. Tahun 1996, pertama kali ke Syria, adalah pengalaman yang sangat tidak menyeronokkan. Gambar kepala Assad (plague) yang menyerupai sisi Queen Elizabeth pada wang syiling British, wujud di setiap 360 darjah pemandangan. Perjalanan terasa bagaikan diperhati, pergerakan rasa bagaikan diekori, dan sebaik melepasi sempadan untuk ke Turki, hati rasa lega bagaikan baru lepas kena interview dengan pak mertua ketika kali pertama bertemu.

Tapi Benghazi adalah dunia yang berbeza. Warganya tidak langsung bimbang untuk mengkritik Gaddhafi. Mungkin pada mereka Gaddhafi berada 1200 kilometer nun di Tripoli, rasa bimbang tidaklah begitu hebat. Namun masih dalam berhati-hati, kerana para soldadu, mukhabarat dan polis rahsia sentiasa menjadi mata dan telinga. Beruntung, kerana gua sampai di Libya pada tahun 2009, bukannya ketika era embargo, saat ahli keluarga boleh menjadi tali barut pemerintah, saat isteri boleh menghantar suami ke penjara rahsia dengan hanya satu panggilan dan dibalas ganjaran wang, saat anak boleh menyebabkan ibu-bapa diheret polis rahsia hanya untuk merebut harta pusaka.

Libya pada 2009 sudah sangat terbuka. Pelabur luar sudah mengerumun untuk mengaut kekayaan minyak Libya. Dasar Gaddhafi juga sudah sedikit berubah. Selepas 40 tahun revolusi, Gaddhafi tahu bahawa hari-hari akhirnya semakin hampir. Saiful Islam lebih banyak memainkan peranan pentadbiran, menjadi penghubung untuk negara-negara Eropah, menjadi pemikir untuk menarik pelabur. Namun, The Leader masih lagi kuasa tunggal dan mutlak. Mana mungkin bangsa Arab diperintah oleh demokrasi, buktikan!

Pembangunan di Libya sangat pantas. Dengan rizab minyak yang paling besar di Afrika, dan kesepuluh terbesar dunia, duit bukanlah satu masalah, pada ketika warganya cuma berjumlah sekitar 6 juta orang. Rumah-rumah kediaman didirikan di segenap pelusuk negara. Dari bandar besar di Tripoli dan Benghazi, sehinggalah pekan-pekan kecil di Nalut dan Beyda, rumah-rumah kediaman dibina sebesar saiz rumah Semi-D kebanggaan rakyat Bolehland. Dan sebahagian besar rumah kediaman diberikan secara percuma. Tanpa sebarang bayaran. Bahkan pemuda yang berkahwin, yang mengikut skim bantuan kerajaan, akan menerima sebuah rumah, kereta dan wang sara hidup pada awal perkahwinan.

Pendidikan di Libya adalah percuma. Tanya sahaja kepada mereka yang belajar di Libya dan menerima biasiswa selama pengajian di sana. Mereka menerima penempatan, wang saku dan tiada bayaran yuran pengajian. Itu untuk warga luar, apatah lagi untuk anak bangsa mereka sendiri. Lihatlah bagaimana mewahnya kehidupan pelajar Libya di Kuala Lumpur yang menerima sekitar 5-7 ribu sebulan duit biasiswa kerajaan. Lihatlah bagaimana meriahnya kedutaan Libya satu ketika dahulu setiap awal bulan, ketika mereka beratur untuk mengambil habuan masing-masing.

Kebanyakan hospital di Libya adalah percuma. Ketika era embargo, para doctor dan jururawat kesemuanya didatangkan dari negara blok kiri. Bahkan sehingga ke hari ini, kebanyakan hospital kerajaan masih lagi menggaji para doctor dan jururawat luar. Bahkan hospital-hospital kebanyakannya dinamakan mengikut kerakyatan doctor dan jururawat dominan di hospital itu sendiri. Ada hospital Bulgaria, hospital Malta, hospital Rusia dan sebagainya. Lebih menarik, kerajaan mendirikan hospital-hospital pakar dan sangat sedikit hospital umum. Jika tangan patah terus sahaja ke hospital pakar tulang, untuk kanak-kanak sudah tersedia hospital pakar pediatric dan seterusnya. Dalam radius 20km di Tripoli sahaja ada dua hospital pakar tulang, bukti warga Libya memang kerap patah kaki dan tangan.

Di sebalik pembangunan yang sangat pesat, khususnya di Tripoli, Gaddhafi sentiasa mengawal perkembangan ekonomi yang diterajui oleh Saiful Islam. Gaddhafi tidak mahu Libya menjadi seperti Dubai, yang akhirnya didominasi oleh warga asing. Gaddhafi tetap mahu Libya diterajui oleh warga Libya sendiri. Syarikat asing yang melabur diwajibkan membuat JV dengan syarikat tempatan. Setiap seorang pekerja luar yang dibawa masuk, mestilah dalam tempoh lima tahun mampu mencurahkan kepakarannya kepada 5 orang warga tempatan. Urusniaga kadangkala menjadi terlalu sukar kerana pelbagai kekangan birokrasi, yang rupanya bertujuan untuk mengawal ekonomi negara. Untuk mendapatkan bayaran bagi sebuah projek, adakalanya mengambil masa sehingga setahun, sesudah mendapat kelulusan pelbagai peringkat, selepas mendapat kepastian pakar-pakar yang diupah dari luar dan mendapat lampu hijau kewangan daripada People’s Congress sendiri.

Kesemuanya kelihatan sangat socialist. Kadangkala sangat communist. Tapi siapa yang dapat menafikan bahawa di sebalik communism dan socialism itu banyak tersembunyi pelbagai keindahan, dan ada ketikanya kesedihan. Revolusi, bagi kebanyakan warga, adalah indah pada awalnya sahaja. Jubilant at the very beginning, pain in the mid, and ending with horror.

Gaddhafi terlepas pandang pada bahagian Timur, yang kebanyakan masih didokong oleh penyokong Raja Idris. Mereka geram kerana penumpuan awal pembangunan di Libya tertumpu pada Tripoli dan Sirte. Walaupun revolusi yang dipimpin pada usia 27 tahun itu tidak menumpahkan setitis darah, cengkaman dictator selama 42 tahun pemerintahannya memang menyebabkan rakyat Libya hidup dalam kebimbangan. Tapi di negara Arab mana yang kebebasannya memungkinkan rakyat untuk bersuara bebas mengkritik sang pemimpin? Lebanon yang mencuba sejak sekian lama masih lagi belum bertemu noktahnya.

Tapi lewat ini, Gaddhafi kelihatan semakin toleransi. Ketika perancangan pembangunan ekonomi negara diserahkan kepada Saiful Islam, negara Libya sememangnya melalui satu era yang menyebabkan seluruh pelabur dunia boleh meleleh air liur. China dan Turkey, adalah contoh dua negara yang menggunakan sepenuhnya hubungan baik dengan Libya bagi kepentingan para pelabur mereka. Bahkan kerajaan China dengan kuasa buruh yang dominan, telah bertindak bijak memberikan pembangunan untuk ditukar dengan minyak. Rumah-rumah yang dibina oleh kerajaan China melalui syarikat-syarikat pelaburan mereka, kadangkala gua rasa tidak masuk akal. Rakyat Libya cuma sekitar 5 juta orang, tapi kawasan perumahan baru yang dibangunkan bagai mahu menampung 15 juta penduduk.

Satu ketika, seorang Project Manager yang baru pertama kali tiba di Tripoli bertanya kepada gua, di manakah rakyat Libya yang miskin? Ini kerana dia melihat rumah-rumah besar di sepanjang jalanraya Tripoli seakan mustahil untuk mengatakan kewujudan warga yang miskin. Betul, mustahil jika tiada yang miskin. Gua bawa bersiar ke Janzour untuk melihat rumah-rumah flat tepi laut, juga anak-anak muda yang melepak tepi jalan setiap malam sambil melayan ganja, katanya ini tidak susah, kerana mereka masih tetap punyai tempat tinggal.

Itulah satu factor yang menyebabkan kita perlu rasa cemburu. Penempatan untuk warganya tidak dibina sekadar melepas batuk ditangga. Rumah flat yang paling bangsat di tepi laut di Janzour pun ada 4 bilik tidur serta dua ruang tamu. Warga Benghazi yang memaki hamun Gaddhafi itu, tinggal di rumah-rumah flat yang 4 kali lebih besar daripada flat bandaraya kebanggaan DBKL. Sejauh Darna dan Tabruq, yang mempunyai tanah yang lebih luas, rumah-rumah kediaman yang dibina adalah lebih mewah. Semi-D 4 atau 5 bilik, adalah sesuatu yang sangat biasa. Semuanya dibina konon untuk dijual tapi pada akhirnya rakyat akan memiliki tanpa perlu membuat sebarang bayaran.

Secara umum, kekayaan hasil minyak memang diagihkan dengan sebaiknya. Gaddhafi mahu memberikan semua benda kepada warganya, supaya mereka terus gembira dan diam. Penganggur yang mengangkat senjata bersorak dan berlagak ala guerrilla dalam TV yang lu orang lihat itu, membesar dengan duit subsidi negara. Lelaki berjambang dan berjanggut yang mengetuk kepala Gaddhafi itu, gua sangat yakin setiap bulan akan ke stor-stor makanan menghulurkan kad pengenalan untuk digantikan dengan tepung, gula, spaghetti, minyak dan beras. Atau paling kurang, kesemua mereka yang membenci Gaddhafi di Benghazi itu, tidak membayar bil elektriknya!

Benar, gua sendiri sudah jemu melewati pintu besar penjara Abu Slim yang menjadi igauan ngeri setiap warga Libya itu. Betul, di penjara itu jugalah 1200 orang inmates ditembak mati hanya satu malam. Betul juga, ketika pemerintahannya Gaddhafi menjadi satu ikon yang menakutkan bagi mereka yang cuba bersuara untuk menentang. Betul juga, Libya tidak pernah mengadakan pilihanraya dan tiada satu parti politik pun yang wujud ketika era Gaddhafi.

Tapi, apa perlunya igauan ke atas sebuah penjara yang punya hanya tiga bangunan dan selebihnya kawasan lapang jika lu hanya perlu biarkan Gaddhafi terus berkuasa dan rakyat menikmati semua benda secara percuma? Apa perlu lagi bimbangkan satu susuk seperti Gaddhafi pada ketika rakyat memang menikmati hasil kekayaan negara secara sama rata? Betul, Gaddhafi menzalimi rakyatnya, tetapi apakah semua mereka dizalimi? Tolong baca ini dalam konteks politik dunia Arab yang sangat unik dan bukannya pada skala politik tempatan. Demokrasi pada dunia Arab tidak akan berhasil tetapi Malaya landskap politiknya adalah berbeza dan kita bukanlah sebuah negara bangsa yang terbina dengan pelbagai kabilah seperti bangsa Arab. Jangan selepas ini ada yang mahu pulangkan paku buah keras pada gua agar menerima kezaliman dan ketidakadilan UMNO selama puluhan tahun ke atas bangsa Malaysia. Itu senario yang berlainan.

Kembali ke Libya, dan Gaddhafi yang memang tidak lari daripada sebarang kesilapan. Akibat tidak memberikan tumpuan pada kawasan rural, di bahagian Timur, di Benghazi sehingga ke Tobruk di sempadan Mesir, maka anasir asing mulai mencucuk jarum. Atas dasar yang semakin terbuka, Britain dan Peranchis juga turut melabur, tetapi tumpuan hanya diberikan di bahagian Timur. Benih yang disemai sekian lama akhirnya membuahkan hasil lewat revolusi Bou Azizi di Tunisia.

Pada satu majlis, bersama dengan rakyatnya di Al-Wahat, Gaddhafi telah ditanya tentang rumah-rumah kediaman yang telah siap dibina, atas tanah-tanah yang diambil daripada rakyat tetapi masih belum diserahkan dan belum berpenghuni. Dengan sikap bersahajanya Gaddhafi memberitahu mana-mana rumah yang sudah siap, bolehlah sesiapa pun nak masuk. Kejadian itu berlaku pada 14 Januari 2011. Dan malam itu, bukan sahaja di Al-Wahat, bahkan di seluruh pelusuk Libya, semua projek-projek perumahan telah diserbu. Kediaman yang sudah siap terus diambil. Sampai tak cukup, rumah baru nak naik "ground beam" pun sudah ada kutu pacak khemah.

Akibatnya, Libya sedikit huru hara. Semua orang mahu dapat rumah percuma. Mahu atau tidak kehendak rakyat masih terpaksa dituruti. Kerajaan terpaksa berlembut. Walaupun sebenarnya, ucapan Gaddhafi itu hanya untuk penduduk Al Wahat, tetapi seluruh Libya berpesta mengambil unit kediaman percuma. Ketika Tunisia sedang panas dengan revolusinya, Gaddhafi terpaksa sedikit sebanyak berlembut.

Dari sinilah, musuh melihat bahawa tekanan boleh digunakan. Dari sinilah mereka mencuba dan tahu bahawa mereka perlu berani melawan. Walaupun sebenarnya mereka tiada sebarang tuntutan sangat yang perlu untuk dilaungkan. Ketika rumah percuma, pendidikan percuma, kesihatan percuma, rizab minyak makan tak habis, harga minyak seliter 20 sen boleh isi sampai tumpah-tumpah, makanan murah tiada cukai import, beli kereta dengan harga murah boleh buat loan tak payah interest, musuh-musuh Gaddhafi hanya melaungkan isu hak asasi manusia sahaja, kerana itulah modal terbaik yang dimiliki oleh Peranchis dan Britain, yang ketika itu sedang berusaha mencari sumber minyak alternatif dan berdepan dengan krisis bekalan tenaga.

Dalam ucapan terakhirnya, Gaddhafi menyebut yang dia akan melawan hingga ke titisan darah yang terakhir. Dia tidak akan lari, dan dia sanggup mati di tanahairnya sendiri. Akhirnya Gaddhafi memang mengotakan janjinya. Socialist yang sejati, tidak akan berundur. Tetap teguh dengan pendiriannya, seperti Che yang menolak kesenangan di Cuba, jawatan sebagai menteri, pemimpin tertinggi parti dan komander tentera, sebaliknya mahu terus berjuang di hutan Bolivia, menjaja revolusi untuk membebaskan seluruh benua Amerika. Preferio morir de pie que vivir siempre arrodillado, lebih baik mati berdiri daripada hidup melutut!

Gaddhafi memang zalim, tetapi sezalim dan sejahat Gaddhafi adalah sebaik-baik imperialist Barat. Gua sangat pasti, rakyat Libya akan menyesali apa yang telah terjadi. Al Fatihah untuk Abang Besar, The Leader of the Revolution and the Founder of the Great Socialist People's Libyan Arab Jamahiriya.

Penulis : Zulhazry Mohd Yusof

artikel asal bertajuk :

(Reminiscences of Abang Besar of Libya)

Penulis bertugas di sebuah syarikat multi-nasional di Libya sehinggalah kebangkitan rakyat Libya awal 2011

"

Thursday, October 20, 2011

Gambar Kanak-Kanak 2 Tahun Dilanggar Van

I am sure by now u guys have heard about the Yue Yue, the 2 year old kid who was ranover Twice by lorries in China. She was left to die for close to seven minutes and no one CAME to his aid. He was only saved by Chen Xianmei (58) of a garbage collector, and is now being treated in hospital intensive control unit Foshan in Guangdong Province. He is now in a coma with brain injuries extensively. Not very good prognosis and the hospital will try their best to treat them. But there was a news report said Yue Yue was already brain dead, and he actually is dead.

Polis berjaya menangkap kedua-dua pemandu yang melangar Yue Yue. Lelaki yang mula melanggar beliau mengaku menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Beliau juga mengaku cuba membayar pampasan kepada bapa Yue Yue sebelum menyerah diri kepada pihak polis. Bila ditanya mengapa beliau tidak membantu Yue Yue selepas dilanggar lelaki itu berkata

"Jika dia mati saya hanya perlu bayat 20 000 yuan. Jika dia hanya cedera saya perlu bayar ratusan ribu yuan"

Ini adalah budaya disana. Saya membaca tentang budaya masyarakat di China. Jika sesorang itu mati yang mengakibatkan kematian perlu membayar wang pampasan. Tetapi jika mangsa cedera dan cacat yang mengakibatkan kecacatan harus menanggung kos sara hidup mangsa seumur hidup. This is a Chinese culture of HONOUR. Harus bertanggungjawab atas kesalahan terhadap orang lain.

Kepada pembaca yang ada bertanya;

"Kenapa orang ramai buat tak tahu walaupun nampak Yue Yue cedera parah?"

Di China ada beberapa kes yang mana orang yang membantu mangsa tercedera selepas kemalangan terpaksa bayar "honour money" yang aku sebutkan diatas. Orang ramai yang membantu pula dituduh menyebabkan kemalangan walaupun mereka tidak bersalah dan hanya mahu membantu. Akibat kes sebegini warga China jadi PHOBIA hendak membantu mereka yang tercedera selepas kemalangan.

Adakah Yue Yue akan hidup normal semula? I doubt it. Will the driver dikenakan hukuman berat? I doubt it too that is the law. Yang pasti Chen Xianmei kini menjadi hero di China kerana beliau menyelamatkan Yue Yue. Beliau juga diberi ganjaran USD 1570 oleh pihak berwajib Foshan sebagai ganjaran hati murninya.

Dibawah ialah foto ibu bapa Yue Yue kowtow kepada Chen Xianmei kerana menyelamatkan anak perempuan mereka. Menyedihkan.

Wednesday, October 12, 2011

The quickest way to stop diarrhoea

When someone gets diarrhoea, sometimes the solution is so easy, we wonder why anyone has to suffer.

Of all the ingredients here, the most potent is Rice, but not in the usual form we eat it in, and neither would rice porridge work too well.

It is rice water and not rice, that does the trick. I have found it effective again and again.



THE EXACT RECIPE


You take a handful of rice and boil it in a large saucepan with lots of water. Like three or four large glasses. Then you cool that and drink the water. If you are in a hurry to relieve the ailing person, take the saucepan off the fire and dunk it in a frying pan or basin of cool water with ice cubes if necessary. This gives the patient a chance to drink the rice water sooner and cure himself or herself sooner.

When drinking the rice water, make sure there is lots of it. You have to tell the patient that enough water must go in to line your guts from
throat to other end, all 10 to 12 metres of it. If you take rice, it stays in the stomach. If you take broth, some of it may go into the small intestine.
But if you take rice water, it will carry rice grains to every inch of your small and large intestine to the end where the problem is..

How does it work? Read the article by going to this site:

http://r ehydrate.org/dd/dd06.htm#page2

Sunday, October 9, 2011

Budget bejat

Melihat2 bajet PM memberikan gambaran negara ini mewah dan pebendaharaan negara melimpahruah dgn wang yg tidak terhad banyaknya. Juga, kepada saya, semacam memberi gambaran seorang ayah yg kayaraya memberikan apa saja kahendak tanggungannya. Saya berharap sangat2 gambaran dan tanggapan saya ini betul dan akan dilaksanakan dan ditunaikan seperti yg dijanjikan.
Cumanya, apa kesan bajet sakan ini kepada org kampong yg tidak berpendapatan tetap dan yg rata2 masih miskin? Yg pastinya, harga barang pengguna akan terus naik disebabkan akibat durian runtuh yg dinikmati oleh sektor yang masih berkerja dan berpendapatan tetap, yg mungkin jumlahnya 30% dari jumlah penduduk keseluruhannya. Lihat pada diri kita ('pesara' exBBMB) misalnya yg sudah tidak lagi berpendapatan. Apa yg jelas harga barangan keperluan akan terus naik dan kuasabeli menurun. Sekarang ini pun, apa yg murah yg ada di pasar basah misalnya? Ayam rm8.50 per kg yg Jan2010 dulu hanya sekitar rm5 per kg. Tidak ada harga ikan per kg dibawah rm10 - kecuali ikan keli, dan ikan kembong yg sudah pecah perut!
Begitu banyak wang ditabur2kan, kenapa tidak diturunkan saja harga barangan keperluan - seperti beras, tepung, gula, susu, bahan bakar, petrol dsbnya? Kalau itu dibuat, SEMUA golongan rakyat akan menikmatinya, termasuk mereka yg berkerja dgn kerajaan.
Entahlah..... Saya masih memikir2 bagaimana mahu menangani avalenche kenaikkan harga barangan2 keperluan hidup harian kita. Bagaimana mahu menangani kenaikan kos perkhidmatan kesihatan, kos petrol dsbnya. Yang pastinya, kos kenaikan barangan ini tidak boleh dilawan dengan menaikkan gaji, bonos dan dividen. Lagi banyak kenaikkan gaji, akan lagi tinggi kos barangan. Dan amat malang sektor yg sudah tidak berpendapatan kerana mereka (dan kita) terpaksa menghadapinya. Dan kita sudah tidak lagi muda utk menghadapi ini semua.
Bahan2 mentah utk membuat kueh dan kookis akan terus naik. Harga kueh dan kookis tidak boleh dinaikkan sewenang2nya! Kos penghantaran mahal. Komesyen pekedai utk kita menitipkan barang jualan rata2 30%. (3buah karipap berharga rm1 dan rm0.30sen adalah komesyen pekedai. Tinggal rm0.70sen - dari situlah akan ditolak harga tepong dan bahan2 mentah, harga packaging, kos ponghantaran dsbnya. Itu belum masuk kerugian yg dihadapi kerana karipap tidak laku dan tarikh expired! C

Thursday, October 6, 2011

Why TS Hassan Marican left Petronas?


KUALA LUMPUR, Oct 6 — Tan Sri Hassan Marican, who retired as Petronas CEO last year because of friction with the Najib administration, has accepted another directorship outside Malaysia, this time at US oil and gas giant ConocoPhillips.Since leaving Petronas at the beginning of last year, Marican has accepted several directorships with Singapore GLCs including at Sembcorp, SembCorp Marine and Singapore Power. ConocoPhillips said today that Marican was appointed as a new outside director effective December 1, 2011. Marican was part of the board that had appeared to have clashed with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak back in late 2009 over the appointment of a former senior aide as a Petronas director despite the prime minister having absolute powers in board appointments. It was reported then that the former aide — Omar Mustapha — was rejected twice and was appointed only after Najib had put his foot down. Petronas had also decided not to sponsor the Malaysian-backed Lotus F1 Racing team, going instead with the Mercedes Formula One team. Marican was widely credited with turning Petronas into the only other state-run major international player in the oil and gas space apart from Norway’s Statoil. The former Petronas chief stepped down on February 2010 after 15 years with the company and was appointed a director with Singapore GLC Sembcorp Industries by June. Marican’s flurry of overseas appointments also come at a time when Malaysia is grappling with a chronic brain drain that threatens to derail its developed country ambitions. ConocoPhillips is a global integrated energy company. The company is headquartered in Houston with approximately 29,900 employees, US$160 billion (RM506.05 billion) of assets and US$244 billion in annualised revenues as of June 30, 2011.

Sunday, October 2, 2011

BENARLAH DUNIA INI TELAH HAMPIR SAMPAI KEPENGHUJUNGNYA?

Pengguguran Anak Di Singapura kalau u all sanggup tengok....rasa nak menitis air mata... Sedih apabila mengenangkan nasib orang Islam di Singapura. Pengguguran anak di Singapura ......... Just to share reality. Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat. Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan (gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang. Krew TV3 sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman baru-baru ni.Namun tidak mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak atasan atas pelbagai alasan.... Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital- hospital tersebut.

Hudud

Kekeliruan boleh timbul dengan tulisan ZAINAH ANWAR (Sisters In Islam) di dalam The Star hari ini. Antaranya :

"But not when I can be flogged 80 lashes for qazaf (slanderous accusation) if I report I have been raped and am unable to produce four pious and just Muslim males who witnessed the rape..."

"On top of that, my rape report could also be taken as confession of illicit sex and I could be charged for zina. And even if I could produce the four men, I would be torn apart wondering why four supposedly pious and just men watched me being raped..."

Sila ikuti video penjelasan daripada Dr Zaharuddin Abdul Rahman tentang keadilan di dalam hukuman hudud :

http://www.youtube.com/watch?v=ytYZtzquh4I

Some Shocking News on Air Asia !! ......... ** ** *Warning - How Air Asia Compromised Passengers' Safety * *Read and decide for yourself..............

Making right caculation of taking Air Asia, there is no saving at all!!

Actually they do have a point – if you notice their arrival and departure times, the turnaround time is very short only. Just time only for cleaning the aircraft and passengers to board. Hardly any time for any checking the engines, etc, etc or whatever they need to do………….. I guess this is not the only happening. I was caught in Taipei for 6 hours waiting for the flight to take off and honestly I do not know whether that plane is fit to take off. We were told that something was wrong with the plane and when they checked they could not find the fault and the airport authority in Taipei would not let us go unless AA KL took full responsibility. Guess what?.... KL sent that fax and we took off..... Were we being compromised on our safety? You probably know the answer This guy has a valid point. I always wondered how safe is AirAsia, given the way it is managed and founded and how much is being compromised in the name of profits! I find that it is one of the most unfriendly airline. It still owes my wife RM80/- unpaid for the last 3 years! It is not the money I care about but the principle of honesty in its dealing with customers. Don't believe me, try calling AirAsia and see if you can get through to an operator! Until this Fernandez fellow comes up with a true explanation, leaving no stone unturned, this mail should be spread throughout the world so that those who fly AirAsia know that they do so at their own risk! Good, I hope this warning reach as many people as possible, maybe it is time we should not take for granted that Air Asia is the cheapest flight and try to save less than RM100.00, in exchange for our life. Hope this message reach Air Asia - to shake them up. Thanks for your warning. Our Bangkok trip was superb but it was scarred by one thing. Our flight with Air Asia. I will, and I am pretty certain my friends who were with me too will NEVER, EVER FLY Air Asia again. I do hope Tony Fernandez or his team reads this. You DO NOT compromise the safety of traveller under any circumstances. Even if the flight is free, of which IT is not. The good thing was, everything was on schedule this time - the flight boarding time and all but nightmare soon followed when the plane was on its way to the runway. We were all seated, the plane was packed to the brim as usual and many were seen in chirpy mood after their superb time I presume and the flight attendants were showing us the flight´s safety procedure. Out of the sudden, the plane´s engine STALLED. Came to a total Halt. S-T-O-P-P-E-D. Right there. All the lights went off, no sound was heard from the engine or any equipment in the plane whatsoever. It was total silence from the plane and all we heard were whispers of confusion from our part. The pilot announcement came much later citing main electrical problem and will soon steer the plane back to the gate. I assumed that was for either troubleshooting or putting us into another flight BUT ...AIR ASIA, the HERO ... did not troubleshoot the problem but instead reloaded some program only and restarted the plane´s engine and ready to take off! To make matters worst, there wasn´t even any offer for passengers to get off or to change their flights! Fearing for our safety as images of the engine dying again, we informed the crew on board we are getting off. I was not sure if the pilot had the intention to get back to the gate as the plane were seen heading towards a different direction. Alas after two desperate prompting from us, they did. I thought getting off the plane under such circumstance are our rights. After all, the plane was not 100% fit to fly and it should be checked under any circumstances. But what came next was even better. The Air Asia pilot whom I assume were on his xxx number of flight of the day (he looked tired and his eyes were piercing red) asked if it is necessary for us to get off! Is he afraid that the flight delay will cost the airline xxx amount of Ringgit! Is that of utmost importance? The pilot had the nerve even to explain that this electrical issue is no big deal! Air Asia, can you answer this. What if the engine died again during taking off? What if the engine died in midair? What if the engine died during landing? Air Asia simply can´t guarantee that the engine will not die again without any proper trouble shooting. That would be my last time stepping on an Air Asia plane. No more, thank you. Moreover, I discovered a better flight within Kuala Lumpur and Bangkok route and it is Lufthansa, the reputable German Airline. Not that I´m trying to apple polish them, do hop over to their Lufthansa Technical Group website to understand how stringent the German´s are with Maintenance and Safety System. Here´s my comparison between an Air Asia Flight versus Lufthansa which I took back to Kuala Lumpur. AIR ASIA Fare Paid : approximately MYR 280 one way Plane Type : Airbus 320 Seat Size : Small and Uncomfortable Luggage : Pay Extra Entertainment : Pay Extra Meals : Pay Extra Pillows and Blankets : Pay Extra Punctuality : Average Safety : Hell No! Pilot Profile : Questionable. I have heard countless stories of Air Asia pilots flying as many flights per day as possible akin to Malaysia Express Bus Service style, and partying up to late nights. LUFTHANSA Fare Paid : approximately MYR 350 one way Plane Type : Boeing 747 Seat Size : Much roomier than Air Asia as this is a transit flight from Frankfurt to Kuala Lumpur Luggage : 20 kg Entertainment : Included Meals : Full Meal and Drinks including Sparkling Wine Pillow and Blankets : Included Punctuality : Good Safety : Very Safe with Top Notch Safety Procedure provided by Lufthansa Technical Group (own Maintenance Equipment and Machine in Every Airport in the World) Pilot Profile : The most well paid in the world at approximately 250K Euro per Annam. Con : It is a non daily flight Dear readers and friends. For your safety, do not save the MYR 70.00 one way difference. You do not know how much the Malaysia Government or Media had covered up for Air Asia all this while. I simply do not believe they are all clean after this incident. ** ** ****