Sunday, October 9, 2011

Budget bejat

Melihat2 bajet PM memberikan gambaran negara ini mewah dan pebendaharaan negara melimpahruah dgn wang yg tidak terhad banyaknya. Juga, kepada saya, semacam memberi gambaran seorang ayah yg kayaraya memberikan apa saja kahendak tanggungannya. Saya berharap sangat2 gambaran dan tanggapan saya ini betul dan akan dilaksanakan dan ditunaikan seperti yg dijanjikan.
Cumanya, apa kesan bajet sakan ini kepada org kampong yg tidak berpendapatan tetap dan yg rata2 masih miskin? Yg pastinya, harga barang pengguna akan terus naik disebabkan akibat durian runtuh yg dinikmati oleh sektor yang masih berkerja dan berpendapatan tetap, yg mungkin jumlahnya 30% dari jumlah penduduk keseluruhannya. Lihat pada diri kita ('pesara' exBBMB) misalnya yg sudah tidak lagi berpendapatan. Apa yg jelas harga barangan keperluan akan terus naik dan kuasabeli menurun. Sekarang ini pun, apa yg murah yg ada di pasar basah misalnya? Ayam rm8.50 per kg yg Jan2010 dulu hanya sekitar rm5 per kg. Tidak ada harga ikan per kg dibawah rm10 - kecuali ikan keli, dan ikan kembong yg sudah pecah perut!
Begitu banyak wang ditabur2kan, kenapa tidak diturunkan saja harga barangan keperluan - seperti beras, tepung, gula, susu, bahan bakar, petrol dsbnya? Kalau itu dibuat, SEMUA golongan rakyat akan menikmatinya, termasuk mereka yg berkerja dgn kerajaan.
Entahlah..... Saya masih memikir2 bagaimana mahu menangani avalenche kenaikkan harga barangan2 keperluan hidup harian kita. Bagaimana mahu menangani kenaikan kos perkhidmatan kesihatan, kos petrol dsbnya. Yang pastinya, kos kenaikan barangan ini tidak boleh dilawan dengan menaikkan gaji, bonos dan dividen. Lagi banyak kenaikkan gaji, akan lagi tinggi kos barangan. Dan amat malang sektor yg sudah tidak berpendapatan kerana mereka (dan kita) terpaksa menghadapinya. Dan kita sudah tidak lagi muda utk menghadapi ini semua.
Bahan2 mentah utk membuat kueh dan kookis akan terus naik. Harga kueh dan kookis tidak boleh dinaikkan sewenang2nya! Kos penghantaran mahal. Komesyen pekedai utk kita menitipkan barang jualan rata2 30%. (3buah karipap berharga rm1 dan rm0.30sen adalah komesyen pekedai. Tinggal rm0.70sen - dari situlah akan ditolak harga tepong dan bahan2 mentah, harga packaging, kos ponghantaran dsbnya. Itu belum masuk kerugian yg dihadapi kerana karipap tidak laku dan tarikh expired! C

No comments:

Post a Comment